Friday, October 22, 2010

Interaksi 5

Jenis Penilaian Bahasa
  • Ujian Formatif
  • Ujian Sumatif
  • Ujian Kefasihan
  • Ujian Kemajuan
  • Ujian Bakat
  • Ujian Pencapaian
Ujian Formatif
  • Ujian formatif dilaksanakan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Ia juga merupakan bahan atau alat yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau sub kemahiran bahasa yang telah diajar. Ujian jenis ini merupakan jenis ujian yang berasaskan kemahiran (yang diajar dalam jangka masa pendek).
Ujian Sumatif
  • Ujian sumatif digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan pembelajaran. Merupakan bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangkamasa panjang (selepas satu-satu semester/ selepas satu tahun). Kemahiran bahasa yang diuji ialah kemahiran lisan, bacaan dan penulisan. Ujian sumatif biasanya dilakukan pada akhir pembelajaran. Contoh ujian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir pembelajaran, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan pembelajaran murid.
Ujian kefasihan
  • Bertujuan untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian ini tidak berdasarkan sesuatu kandungan atau isi pelajaran tetapi menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajari. Ujian ini penting untuk mengukur kebolehan berbahasa seseorang.
Ujian kemajuan.
  • Ujian jenis ini adalah ujian ringkas yang dibina oleh guru-guru kelas untuk penggunaan kelasnya sahaja. Ia hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja. Ujian ini harus berasaskan objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar dan pengetahuan yang ingin diuji. Ia membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan seseorang murid dan kemajuan darjahnya secara keseluruhan.
Ujian bakat
  • Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang murid dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya. Ia selalu melibatkan data-data bahasa yang artifical iaitu mengandungi unsur fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.
Ujian pencapaian
  • Ia bertujuan untuk menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan/isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka. Soalan yang diajukan dalam ujian jenis ini mestilah berkaitan dengan isi pelajaran yang telah diajar sahaja. Ia juga bertujuan untuk menentukan penempatan jenis sekolah, jurusan atau kumpulan-kumpulan tertentu murid. Dalam pengajaran bahasa, ujian ini diberikan untuk mengasingkan calon-calon mengikut kebolehan mereka dan ini adalah semata-mata untuk tujuan strategi dan perancangan pengajaran guru.

Interaksi 4

Pembinaan Ujian

  • Soalan Objektif
  • Soalan Subjektif
Soalan Objektif
  • Definisi : merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.
  • Merupakan item respon tetap (memilih satu jawapan beberapa jawapan).
  • Mengandungi pokok soalan (kata kunci) dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item.
  • Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:
  1. Item respon bebas
  2. Item respon tetap (item objektif pilihan)
  • Item respon bebas

Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.

Contoh;

  1. Apakah lawan bagi perkataan cepat ? ________
  2. Kita mesti ______berusaha supaya kita berjaya dalam semua pekerjaan.
  • Item respon tetap (item jenis pilihan)

Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.

  • Jenis soalan respon tetap;

1. Format salah betul 2. Padanan 3. Aneka pilihan

Format salah betul Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).

Contoh; Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut: Hitam – Putih ( ),

Padanan Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.

Aneka Pilihan Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap. Jenis item aneka pilihan;

  1. Berbentuk soalan
  2. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
  3. Analogi
  4. Antonim
  5. Jenis negatif
  6. Mengisi tempat kosong
  7. Jenis campuran
  8. Teknik kloz
  9. Mengelaskan

Panduan pembinaan

  1. Pokok soalan (stem) •Bahasa mudah difahami •Berbentuk soalan / ayat tidak lengkap •Kesukaran mengikut aras kesukaran taksonomi •Kurangkan soalan berbentuk negatif (10%-hitamkan / garis) •Gambar, rajah, dan carta disertakan bagi soalan yg berkaitan.
  2. Bahan ransangan
  3. Pilihan jawapan •Jawapan yang disediakan haruslah logik. •Ditulis sejajar (semua huruf / semua angka) •Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah. •Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor. •Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang. •Tiada perkataan yg berulang •Pastikan satu jawapan shj yg betul
  4. Distraktor (penganggu jawapan)4. Struktur item (roman & abjad)

Kelebihan

  1. Mudah disemak
  2. Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan)
  3. Menguji banyak topik
  4. Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid)
  5. Mengukur proses mental yang tinggi

Kelemahan

  1. Murid tidak dapat mengeluarkan idea.
  2. Potensi untuk meneka jawapan tinggi
  3. Sukar untuk dibina
  4. Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran
  5. Calon bijak tidak perlu belajar banyak
  6. Tidak dapat mengukur keaslian

SOALAN SUBJEKTIF

  • Definisi : Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.
  • Terdapat dua jenis
  1. Tindak balas terhad (struktur – jwpn : 1 frasa, 1 ayat, 1 pernyataan)
  2. Tindak balas lanjutan (esei)

Prinsip pembinaan soalan jenis struktur Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.

Prinsip pembinaan soalan jenis esei Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.

Panduan Pembinaan Item Subjektif

  • Membentuk JSU
  • Mengubal soalan berdasarkan prinsip berikut : 1.Tugas / arahan soalan jelas 2.Perkataan yg digunakan setaraf dgn pencapaian bahasa calon. 3.Menggunakan perkataan yg kelas (jelaskan, bandingkan, dan lain-lain) 4.Mengubal bilangan soalan secara berpatutun. 5.Sediakan satu skema pemarkahan.

Kelebihan

  • Mudah digubal
  • Sesuai untuk semua mata pelajaran
  • Sesuai untuk semua aras taksonomi
  • Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yg siperoleh.
  • Mengurangkan konsep meneka.
  • Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
  • Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.

Kelemahan

  • Bidang yg diuji terhad
  • Soalan boleh diramal
  • Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja.
  • Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak.

Interaksi 3

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
  • Definisi
  • Kepentingan
  • Langkah Pembinaan
Definisi JSU (Jadual Spesifikasi Ujian) JSU dapat dijelaskan sebagai sesuatu yang menjelaskan aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan penduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. Kepentingan JSU
  • Mengelakkan ujian dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi
  • Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
  • Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian
  • Membolahkan ujian yang sama dibina oleh orang lain
  • Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun
  • Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain
Langkah Pembinaan JSU Dalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu: (1) mengkaji sukatanpelajaran, (2) menganalisis objektif pengajaran, (3) menentukan jenis soalan, dan (4)menentukan bilangan soalan. 1. Mengkaji Sukatan Pelajaran Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah: • skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk; • pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk; • kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain; • kompleksiti sesuatu tajuk; dan • masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk. 2. Menganalisis Objektif Pengajaran Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya, seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumat-maklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi dua paksi utama, iaitu: i. Paksi Kandungan Paksi Objektif Pengajaran: Kandungan Pengetahuan • Tajuk • Tajuk kecil Objektif Kognitif Kandungan Kemahiran • Tajuk • Tajuk kecil Objektif Psikomotor Kandungan Afek/Perasaan • Tajuk • Tajuk kecil Objektif Afektif Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan, yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanya ditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan. 3. Menentukan Jenis Soalan Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk “Struktur ayat” pada peringkat “Aplikasi”, maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis “Objektif” yang berbentuk “melengkapkan ayat” atau soalan jenis “Subjektif” yang berbentuk “menggubal ayat-ayat”. Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian. 4. Menentukan Bilangan Soalan Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian member markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.Perkara-perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.

Interaksi 2

Taksonomi Dan Domain
  • Taksonomi Bloom
  • Domain Krathwohl
Taksonomi Bloom

Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956. Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif pelajar sahaja. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian. Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956) 1) Pengetahuan Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan. 2) Kefahaman Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis semula. 3) Aplikasi Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf daripada data dan lain-lain. 4) Analisis Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan memilih. 5) Sintesis Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan. 6) Penilaian Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan. Taksonomi Krathwohl Taksonomi Karathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi, sikap, dan nilai murid. Pengasas bagi taksonomi ini adalah David R. Krathwohl. Aras taksonomi Krathwohl 1) Penerimaan Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap. 2) Gerak balas Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya. 3) Menilai Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan. 4) Organisasi Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

Interaksi 1

Pengertian dan Konsep

  • Pentaksiran
  • Pengujian
  • Penilaian

PENTAKSIRAN

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Pentaksiran juga adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.

Tujuan Pentaksiran

  1. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
  2. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
  3. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
  4. . Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
  5. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
  6. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
  7. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.
Pengertian Penilaian
Apakah itu penilaian pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.
Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dicapai.
Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Namun, perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran guru. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di universiti adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.
Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian Penilaian pendidikan membabitkan dua unsur utama iaitu kuantifikasi dan kualifikasi. Kuantifikasi menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar. Kualifikasi menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan pelajar bagi membuat keputusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak. Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh dipercayai sangat diperlukan bagi membuat penilaian. Keperluan ini adalah kerana setiap keputusan yang dibuat melibatkan risiko. Bukti empirikal membantu kita membuat keputusan dengan risiko yang kecil. Semakin tepat pensyarah mengukur pencapaian pelajar, semakin tepat penilaian guru terhadap keberkesanan pengajarannya. Pengertian Pengukuran Kesahan bukti empirikal yang digunakan bagi penilaian sangat bergantung kepada sejauh mana pensyarah berupaya mengkuantifikasikan dengan tepat kewujudan atribut atau ciri penguasaan pelajar yang digunakan sebagai asas penilaian. Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti, kewujudan ciri “penguasaan” sesuatu isi kursus yang diajar oleh pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian. Penguruan membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai "suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik tentang sebanyak mana individu mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu. Dalam erti kata lain, pengukuran adalah proses menentukan sejauh mana seseorang individu miliki ciri-ciri tertenru. Pengukuran boleh dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang boleh di ukur melalui pemerhatian sementara pengetahuan dan sikap boleh diukur melalui temubual. Pengertian Pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
Pengujian dianggap sebagai proses penyerahan ser soalan yang piawai yang perlu dijawab atau satu set instrumen bersama satu prosedur yagn sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang pelajar.
Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti. kesimpulannya, pengesanan hasil pembelajaran dan pembelajaran boleh dibuat melaui penguian pengukuran dengan tepat yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. justeru kecekapan guru terhadap kurikulum diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran,.
Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran di universiti. Penilaian di bilik kuliah dan makmal boleh membantu para pensyarah menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Selain matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian digunakan sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan bimbingan pelajar. Diagnosis Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Diagnosis pengajaran diperlukan bagi mengesan sejauhmana pengajaran guru berkesan. Sekiranya berkesan,guru akan lebih yakin untuk meneruskan strategi dan kaedah pengajarannya. Sekiranya tidak berkesan, guru boleh menganalisis dan mengesan kelemahan yang ada supaya strategi dan kaedah pengajaran guru boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan. Diagnosis terhadap pembelajaran pelajar pula diperlukan bagi mengesan sejauhmana pembelajaran berlaku. Sekiranya berkesan, kita boleh meneruskan strategi dan gaya pembelajaran sedia ada. Sekiranya tidak berkesan, kita perlu menganalisis dan mengenal pasti apakah kelemahan yang berlaku supaya strategi dan gaya pembelajaran pelajar boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan. Pengredan Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru boleh mengred pencapaian pelajar kepada kategori ‘lulus’ atau ‘gagal’, ‘lemah’, ‘sederhana’ atau ‘cemerlang’ atau gred ‘A’, ‘B’ ‘C’, ‘D’ atau ‘E’. Melalui pengredan pelajar, kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan tentang prestasi akademik pelajar khususnya berbanding dengan prestasi pelajar lain. Dengan adanya maklumat gred, Guru dan ibu bapa boleh memainkan peranan membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses pendidikan pelajar. Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat, sokongan, bantuan dan kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit dengan pendidikan pelajar khususnya ibu bapa sangat penting bagi meransang kemajuan dan pembangunan pelajar di universiti. Pemilihan dan Penempatan Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajarnya mengusai pengatahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai,seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini pentign untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran. Selain itu, guru perlu memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesautu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu.